SOCCER ACE FC MALAYSIA
Maklumat berkenaan SAFC

SOCCER ACE FOOTBALL CLUB (reg no. 8688/2017)

Kelab Bolasepak Soccer Ace ( SAFC ) merupakan sebuah kelab & akademi yang melaksanakan program pembangunan bolasepak akar umbi pemain bermula usia daripada 6 tahun hingga 17 tahun di sekitar Lembah Klang sejak 2017.


Kelab SAFC telah didaftarkan sebagai badan sukan di bawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997.

- No. Pendaftaran Pesuruhjaya Sukan Malaysia Kelab Bolasepak Soccer Ace: 8688/2017, dan alamat kelab = No 9, Jalan Paya Lebar Tiga 27/10C, Laman Seri, 40400, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Alamat Email Rasmi Kelab: admin [at] socceracefc [dot] com

Facebook Rasmi Kelab: soccer ace fc

Facebook Rasmi Kuzairy Abu Bakar: kuzairy soccer ace

[ BERITA-BERITA TAHUN 2018 ]

LIGA BOLASEPAK SOCCER ACE FC 2018

Team Parents USJ menjuarai Liga U16/Parents 2018

dengan meninggalkan pasukan Kajang A yang dibarisi oleh semua pemain umur 16 tahun = di tempat Naib Juara sahaja! Dibezakan hanya +2 perbezaan gol walaupun berkongsi sama mata!

 

________________________________________________

 

Assalamualaikum & salam hormat kepada ibubapa / penjaga dan pemain.


Alhamdulillah, program Kejohanan Bola Sepak Soccer Ace FC Bawah 10, 8 & 6 Tahun selesai dengan baik pada hari ini 1 September 2018.


Seramai 435 Pemain dari setiap cawangan Soccer Ace FC, dan 45 pegawai yang terlibat dalam Kejohanan Bola Sepak LIGA Junior Soccer Ace 2018!


Ribuan Terima Kasih saya ucapkan kepada semua ibubapa yang memberikan komitmen tinggi menghantar anak-anak menyertai program yang di jalankan.

Tahniah kepada semua pemenang daripada setiap cawangan yang terlibat!


Saya mewakili pengurusan Soccer Ace FC ingin memohon maaf andai ada kesilapan atau kesalahan yang berlaku sepanjang perlawanan berlangsung.. Semoga dapat kami perbaiki pada kejohanan yang lain di masa akan datang.


Terima Kasih kepada para pengurus yg terdiri dari ibubapa yg banyak membantu menjaga anak-anak Soccer Ace.

Terima Kasih pada barisan jurulatih yang terlibat menjayakan program, sumbangan anda amat saya hargai!

Terima Kasih pada semua pengadil turut membantu menjaga kualiti perlawanan sepanjang perlawanan berlangsung.


Terima Kasih!
Terima Kasih!
Terima Kasih!


Yang benar,
Kuzairy Abu Bakar
Pengasas Dan Penaung #SoccerAceFC


#Akademi #Bolasepak #Kanakkanak #Remaja

 

 

 


___________________________________________________________

 

"Semoga semua pemain telah bersiap sedia untuk menghadapi Liga Junior Soccer Ace FC ini.

Cawangan manakah yang bakal menjulang piala bagi kategori bawah 6, bawah 8 dan bawah 10 bagi tahun 2018?

Terima Kasih atas sokongan dan komitmen para ibu bapa / penjaga yang turut membantu bagi menjayakan program Soccer Ace FC ini.

Terima Kasih kepada barisan jurulatih /pengurus yang tidak mengenal erti penat melatih anak anak Soccer Ace FC di setiap cawangan.

Terima Kasih kepada barisan pengadil berpengalaman yang turut terlibat menjaga kualiti pengadilan, serta dalam masa sama mengajar anak-anak Soccer Ace FC tentang undang-undang permainan bolasepak.

Doakan kejohanan Liga Bolasepak Soccer Ace FC ini dipermudahkan perjalanan dan urusan sepanjang program yang bakal berlangsung nanti.

Terima Kasih!
Terima Kasih!
Terima Kasih!"

Yang benar,
Nor Kuzairy Abu Bakar
Pengasas Dan Penaung Soccer Ace FC
26 Ogos 2018

#Safc-Bangi
#Safc-Banting
#Safc-Kajang

#Safc-Kebun Baru
#Safc-Nilai
#Safc-Puchong

#Safc-Serdang
#Safc-SgManggis
#Safc-Shah Alam

#Safc-Sijangkang
#Safc-USJ

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemain yg menyertai Liga Bolasepak Junior Soccer Ace FC 2018 bakal menerima:-

 

1. Sijil khas Liga Junior Soccer Ace .

2. Makanan dan minuman sepanjang perlawanan berlangsung

3. Perlawanan liga Junior yang di adili oleh pengadil berpengalaman.

4. Cenderahati daripada pihak pengurusan Kelab Bolasepak Soccer Ace.

5. Medal jika menang ke peringkat seterusnya.

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pengurus-pengurus cawangan Soccer Ace FC yang berdekatan dengan anda :)

[ TOP MENU ]

#KELAB #BOLASEPAK #SOCCER #ACE #FOOTBALL #CLUB

#SoccerAce #FC
#SoccerAceFC
#SAFC #AllInTheFamily