SOCCER ACE FC MALAYSIA
Maklumat berkenaan SAFC

SOCCER ACE FOOTBALL CLUB (reg no. 8688/2017)

Kelab Bolasepak Soccer Ace ( SAFC ) merupakan sebuah kelab & akademi yang melaksanakan program pembangunan bolasepak akar umbi pemain bermula usia daripada 6 tahun hingga 17 tahun di sekitar Lembah Klang sejak 2017.


Kelab SAFC telah didaftarkan sebagai badan sukan di bawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997.

- No. Pendaftaran Pesuruhjaya Sukan Malaysia Kelab Bolasepak Soccer Ace: 8688/2017, dan alamat kelab = No 9, Jalan Paya Lebar Tiga 27/10C, Laman Seri, 40400, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Alamat Email Rasmi Kelab: admin [at] socceracefc [dot] com

Facebook Rasmi Kelab: soccer ace fc

Facebook Rasmi Kuzairy Abu Bakar: kuzairy soccer ace

[ BERITA-BERITA TAHUN 2018 ]

ARTIKEL BOLASEPAK

Latihan Individu untuk mengekalkan kecergasan (fitness) :-

[1] Lari 10 pusingan padang (untuk kardio).

[2] Sprint Test 100m dengan cara:

- lari biasa dalam 100m & patah balik (slow jog) x 10 kali.
- lari power dalam 50m & patah balik (slow jog) x 10 kali.
- lari pecut dalam 25m & patah balik (slow jog) x 10 kali.

Latihan ini sepatutnya dilakukan pada setiap hari - sekurang-kurangnya sekali sehari.

ILMU-ILMU KEJURULATIHAN

Bertarikh 5 Disember 2012 oleh Bakri Ibni.


Prinsip Latihan (Principle of Training)

1) Warming Up 
- Tak berapa perlu untuk U12 dan ke bawah, perlu untuk U13 ke atas kerana otot dah besar.

2) Technique - Teknik perbuatan individu dengan bola 
- (salah satu contoh timbang bola atau menggelecek.)
Cara bermain bola dengan betul - player's ability to perform specific mechanical movements

3) Tactic - Tektik hantaran demi hantaran sambil bergerak.

Penggunaan Skill (teknik pada tempat & ketika yang betul) 
- methods used to control the game and instigate attacks

Skil dlm permainan ialah di tempat yang betul,ketika atau masa yang betul dan buat yang betul.

4) Fitness

5) Cooling Down

6) Conclusion.

Prinsip Jurulatih (Principle of Coaching)

1) Organisation
2) Explaination
3) Example
4) Observation

------------------------------------------------------
GOAL KEEPER.

Goal Keeping Coaching Points (CP).

1) - Standing Position, kaki x terlalu luas / sempit. Jika tidak, x boleh terbang (dive).
2) - Bengkok lutut sedikit.
3) - Angkat tumit supaya selari (balance) ke hadapan.
4) - Buka tangan
5) - Mata melihat kepada bola (Eyes on the ball)
6) - Selalu berhayun ke kiri & ke kanan - Keep on swinging.

Teknik terbang - Diving techniques - CP

1) Kaki kanan tolak ke kiri dan vice versa.
2) Sepak kaki sebelah - jatuh dengan pantas. 
Sama jika dive ke depan/belakang, sepak berlawanan kaki.

How to fall is same concept with how to dive.

Catching techniques - CP.

1) - Setiap tangkapan mesti ada hdangan (Block) jika bola jauh. - Jari dengan Ibu Jari.
2) - Lock the ball to the chest.

Lock & Block - Setiap tangkapan mesti ada cushion. - Tarik badan sedikit.

Lain-lain :-

How to dive with the ball? Swing ikut bola & angkat tumit.

Lompatan - Your body is based on your footwork. Skipping, relaxing your body. Side - momentum.

Tangkapan & Lompatan mesti selari. Mendarat (Landed) menggunakan kaki belakang.

-END of Goal Keeping-

-------------------------------------------

**Hantaran Kaki Dalam - Accuracy passing. Work in pair.

**Hantaran Follow Through

**Hantaran Inside Step Pass.

**Hantaran Bawah bola (ala chipping)

**Hantaran Pass dan lari ke kanan.

*Ball Control Menggunakan kaki / peha / dada.
- cushion
- west

*Heading Techniques
- Kunci tengkok & dada.
- Gerakkan pinggang sahaja.

*RUNNING WITH THE BALL.
1 - hujung tali kasut.- tengok bola 10% sahaja.
2 - Side running (inner foot).

*Dribbling = using toe & turning body to bluff enemy (tipu helah) - inside / outside foot. 
Tipu 2 kali (kanan/kiri/kanan)(kanan/kiri/kanan)

*passing
= to the space.
= to the feet.

*SKILL = (tempat yang betul, ketika / masa yg betul)

Coaching Points.
- Keluar / gerakan maksimum (same side)
- Yang minta bantuan - BUKA.
- Dapat bola dulu baru bantu.

Coaching Points. = kuatkan suara panggil kawan, hantaran kelirukan lawan (tipu helah)

= TEKNIK, SKILL dah ada, tetapi kurang dalam membuat keputusan (less of decision making) 
= MESTI MORE CONCENTRATE & FOKUS!

* LATIHAN yang tepat, meningkatkan kemampuan membuat keputusan (decision making), 
the early action the better!

* Prinsip menyerang = BUKA / Melebar / Menjauhkan diri = TETAPI jangan keluar kawasan permainan.
* Orang yang ada bola sahaja = MENYERANG!

* Prinsip bertahan = TUTUP = ada 3! 
= Menjaga musuh/orang
= Menjaga bola
= Menjaga pintu gol.

Akademi Bolasepak Jerman. Bertarikh 29th May 2012 [ sumber ]

Kejayaan pasukan Jerman menduduki tangga ketiga Piala Dunia 2010 Afrika Selatan yang lalu benar-benar membuka mata banyak pihak sehingga menenggelamkan kehebatan Sepanyol yang menjuarai buat pertama kali. Ini semua gara-gara kehebatan Jerman menumpaskan dua pasukan gergasi dunia iaitu Argentina dan England dengan menurunkan pemain-pemain yang rata-rata berumur 23 tahun.

.
Nama-nama pemain muda mereka seperti Thomas Muller, Mesut Ozil, Sami Khedira, Toni Kroos dan Mario Gomes menjadi taruhan Joachim Loew (pengurus / jurulatih) sebagai pemain kesebelasan utama. Mereka berjaya menjaringkan 4 gol ke atas Argentina dan England yang dibarisi oleh kesemua bintang-bintang handalan mereka. Bagaimana pemain-pemain muda Jerman melakukannya? Inilah satu persoalan yang menarik untuk kita cari jawapannya.

Maka kita akan mendapatkan jawapannya ialah 'Akademi Bolasepak'!

.
Jika kita pusing kembali sejarah bolasepak Jerman 12 tahun lampau iaitu pada Euro 2000 (Belanda & Belgium) bilamana pasukan kebangsaan mereka gagal layak ke pusingan kedua dengan keputusan amat memalukan, mengutip hanya 1 mata dengan jaringan juga 1 gol! (10 tahun sebelumnya 1990 mereka adalah juara Piala Dunia).

.
Selepas pencapaian memalukan itu pihak berkuasa bolasepak Jerman, DFB, mengambil keputusan bahawa satu langkah drastik mesti diambil untuk memajukan bolasepak Jerman. Mengambil contoh Akademi Bolasepak Ajax Amsterdam di Belanda dan Clairefontaine Centre of Excellence di Perancis, pihak DFB dan League Association (dianggotai oleh kelab-kelab professional) mengambil langkah drastik dengan mewajibkan kelab-kelab Bundesliga 1 & Bundesliga 2 menubuhkan akademi masing-masing.

.
Penubuhan akademi-akademi ini dipantau dan dikawalselia oleh sebuah jawatankuasa khas yang dinamakan 'Academy Committee' yang anggotanya terdiri dari wakil DFB, League Association, wakil beberapa kelab professional seperti Bayern Munich, Bayer Liverkusen dan Brussia Dortmund serta beberapa ahli bebas yang terdiri dari pakar-pakar dari pelbagai disiplin ilmu. Maka tumbuh 36 buah akademi bolasepak yang dimiliki oleh kelab-kelab bolasepak Bundesliga 1 & 2.


.
Dalam setiap akademi mempunyai skuad bawah 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18/19 dan 23 tahun masing-masing. Diwujudkan juga liga bawah 17 & 19 tahun bagi Bundesliga 1 & 2. Di samping itu pihak Academy Committee juga menjalinkan kerjasama dengan sekolah-sekolah bolasepak persendirian yang ada di Jerman agar satu rangkaian program pembangunan yang selari dengan hasrat pasukan kebangsaan dapat dilaksanakan.


.
Setiap akademi mempunyai beberapa buah padang (termasuk rumput & karpet), asrama, jimnasium, dewan makan, bahagian perubatan, kolam renang, bangunan pentadbiran dan bilik komputer. Kakitangan juga diambil mewakili para jurulatih, fisioterapi, doktor perubatan, pakar permakanan, pakar psikologi, guru akademik, pembantu-pembantu peribadi dan kakitangan pentadbiran.


.
Untuk menjaga mutu akademi-akademi tersebut Academi Committee telah mewujudkan sistem gred. Mana-mana kelab yang berjaya mendapat gred lebih baik akan ditambah dana kewangan sebagai galakan. Begitu juga halnya kepada mana-mana kelab yang berjaya di peringkat Champion League dan Europa League, sebahagian dana akan disalurkan kepada akademi mereka.


.
Maka selama beberapa tahun projek akademi tersebut berjalan kita telah melihat bagaimana Jerman berjaya melahirkan ramai pemain-pemain muda berbakat yang dalam usia sangat muda seperti Thomas Muller, 17 tahun, berjaya bermain begitu meyakinkan dalam kancah Piala Dunia mengatasi ramai pemain-pemain senior dunia yang lain. Begitu juga halnya dengan rakan-rakannya yang lain seperti Mesut Ozil, Sami Khedira, Toni Kroos dan kini muncul beberapa nama lagi yang akan kita lihat pasti memberi impak dalam Euro 2012 nanti seperti Mario Gotze, Andre Achurrla dan pasangan kembar Sven dan Lars Bunden.


.
Selama ini kelab-kelab Bundesliga telah membelanjakan 520 juta Euro khusus untuk membangun akademi dan jumlah tersebut terus bertambah setiap tahun. Namun hasilnya cukup mengembirakan DFB, League Association dan Academy Committee. Perlu dicatatkan bahawa dari seramai 525 pemain yang beraksi dalam Bundesliga sekarang ini, 275 pemain atau kira-kira 52.4% adalah hasil garapan akademi-akademi tersebut. Secara purata pula seramai 15 orang pemain setiap kelab juga adalah diambil dari pemain-pemain akademi mereka. Ini adalah satu statistik tertinggi di dunia! Cuba kita bandingkan dengan EPL, 'umpama bumi dan langit'.


.
Dari segi kejurulatihan pula, Jerman memiliki kumpulan jurulatih berkelayakan paling ramai di dunia. Jerman kini mempunyai seramai 1,200 orang jurulatih yang memegang 'Pro License', 5,000 orang 'A License' dan 2,500 orang 'B License'. Jika dihimpunkan mereka ini berjumlah 9,000 orang jurulatih berkelayakan peringkat tinggi! Juga merupakan statistik tertinggi di dunia! 

#PialaAFF #SuzukiCup #2018 adalah edisi ke-12 sejak diperkenalkan pada 1996.

#Thailand nyata paling unggul dengan 5 kali kejuaraan diikuti #Singapore 4 kali. #Malaysia dan #Vietnam masing-masing menjulangnya sekali.

Manakala #Indonesia belum berpeluang menjuarainya walaupun layak ke #Finale sebanyak 5 kali! #Myanmar selaku bekas jagoan ASEAN tahun 60 - 70an juga belum pernah layak ke Final.


Sebelum bermulanya #AFFCUP 1996, negara ASEAN hanya bertanding bolasepak dalam #SukanSEA sahaja sejak 1959 sehingga 1999 (20 edisi). Bermula 2001 hanya pasukan bolasepak U-23 sahaja yang bertanding dalam #SEAGAMES.

Thailand ternyata adalah kuasa bolasepak ASEAN sejak tahun 1975 sehingga sekarang 2016 apabila menggondol emas bolasepak sebanyak 16 kali, diikuti oleh Malaysia 5 kali, #Burma (Myanmar sekarang) 5 emas, Indonesia 2 emas, dan #SouthVietnam (Vietnam sekarang) dengan sekali pingat emas!

#Singapura prestasi terbaik setakat ini adalah pingat Perak sahaja sebanyak 3 kali!

.
Sejak dahulu sehingga sekarang - Thailand - Malaysia - Vietnam - Indonesia - Singapura - Myanmar adalah pencabar utama bolasepak ASEAN, sebelum kini #Philippines sejak 2010 - muncul sebagai pasukan ketujuh calon untuk merebut kejuaraan ASEAN!

Bahkan #Filipina kini menduduki tempat kedua ASEAN dalam #FIFA Men's Ranking untuk bulan Oktober 2018! = Filipina ranking no 116 dunia dan nombor 21 ASIA!

.
Sepatutnya kita Malaysia wajib belajar bagaimana Filipina boleh bangkit daripada status pasukan belasahan - menjadi pasukan yang semakin digeruni - yang mana bolasepaknya bukanlah sukan nombor satu negara tersebut pun! Stadium tuan rumah Filipina itu juga (lokasi mereka menang 1-0 Singapore kelmarin) hanyalah memuatkan kapasiti kira-kira 1,000 orang sahaja!

.
Dan belajarlah juga dengan Thailand yang mampu mengekalkan status raja bola ASEAN untuk 40 tahun ini! Inilah tugas kita sebagai pasukan pembangunan akar umbi - untuk terus melahirkan lebih ramai lagi "sekumpulan pemain" bolasepak (#PoolOfPlayers) bagi terus menyumbangkan pilihan untuk negara memilih pemain yang terbaik untuk 5 hingga 15 tahun akan datang!

.
MAJULAH BOLASEPAK UNTUK NEGARA!

 

[ TOP PAGE ]

#KELAB #BOLASEPAK #SOCCER #ACE #FOOTBALL #CLUB

#SoccerAce #FC
#SoccerAceFC
#SAFC #AllInTheFamily