SOCCER ACE FC MALAYSIA

14:53:05 - Saturday 22 September 2018

| LIGA SOCCERACE - SKUAD 1MCC - SKUAD PHUKET - SENARAI AKADEMI - HUBUNGI KAMI |

Maklumat berkenaan SAFC

reg no. 8688/17

 

 

 

 

 

Setelah bertungkus lumus dalam 14 perlawanan selama 7 minggu berturut-turut sehingga Ahad 9 September 2018, akhirnya Skuad #U14 #SoccerAce berjaya menempatkan diri dalam 8 kelompok pasukan teratas #Liga #MCC Divisyen Dua 2018!


Menduduki tempat ketujuh daripada 15 pasukan, penyertaan pertamakali Soccer Ace dalam liga berprestij ini menyaksikan mereka mencatatkan 5 kemenangan, 7 seri (paling banyak Liga Div Dua), dan hanya kalah 2 kali sahaja!


Berjaya menjaringkan 13 gol dan hanya bolos 6 gol sahaja, pencapaian ini melayakkan pasukan mara ke peringkat #SukuAkhir #Shield yang akan berlangsung pada Sabtu ini.


Tahniah & syabas!

SQUAD U14 SOCCER ACE FC FOR MCC LEAGUE DIVISION TWO 2018

 

 

 

 

 

Keratan akhbar KOSMO pada 7 September 2018

[ Berita-berita berkaitan ]

[ TOP PAGE ]

 

 

Assalamualaikum & salam hormat kepada ibubapa / penjaga dan pemain.


Alhamdulillah, program Kejohanan Bola Sepak Soccer Ace FC Bawah 10, 8 & 6 Tahun selesai dengan baik pada hari ini 1 September 2018.


Seramai 435 Pemain dari setiap cawangan Soccer Ace FC, dan 45 pegawai yang terlibat dalam Kejohanan Bola Sepak LIGA Junior Soccer Ace 2018!


Ribuan Terima Kasih saya ucapkan kepada semua ibubapa yang memberikan komitmen tinggi menghantar anak-anak menyertai program yang di jalankan.

Tahniah kepada semua pemenang daripada setiap cawangan yang terlibat!


Saya mewakili pengurusan Soccer Ace FC ingin memohon maaf andai ada kesilapan atau kesalahan yang berlaku sepanjang perlawanan berlangsung.. Semoga dapat kami perbaiki pada kejohanan yang lain di masa akan datang.


Terima Kasih kepada para pengurus yg terdiri dari ibubapa yg banyak membantu menjaga anak-anak Soccer Ace.

Terima Kasih pada barisan jurulatih yang terlibat menjayakan program, sumbangan anda amat saya hargai!

Terima Kasih pada semua pengadil turut membantu menjaga kualiti perlawanan sepanjang perlawanan berlangsung.


Terima Kasih!
Terima Kasih!
Terima Kasih!


Yang benar,
Kuzairy Abu Bakar
Pengasas Dan Penaung #SoccerAceFC


#Akademi #Bolasepak #Kanakkanak #Remaja

 

 


__________________________________________________________________________________

 

"Semoga semua pemain telah bersiap sedia untuk menghadapi Liga Junior Soccer Ace FC ini.

Cawangan manakah yang bakal menjulang piala bagi kategori bawah 6, bawah 8 dan bawah 10 bagi tahun 2018?

Terima Kasih atas sokongan dan komitmen para ibu bapa / penjaga yang turut membantu bagi menjayakan program Soccer Ace FC ini.

Terima Kasih kepada barisan jurulatih /pengurus yang tidak mengenal erti penat melatih anak anak Soccer Ace FC di setiap cawangan.

Terima Kasih kepada barisan pengadil berpengalaman yang turut terlibat menjaga kualiti pengadilan, serta dalam masa sama mengajar anak-anak Soccer Ace FC tentang undang-undang permainan bolasepak.

Doakan kejohanan Liga Bolasepak Soccer Ace FC ini dipermudahkan perjalanan dan urusan sepanjang program yang bakal berlangsung nanti.

Terima Kasih!
Terima Kasih!
Terima Kasih!"

Yang benar,
Nor Kuzairy Abu Bakar
Pengasas Dan Penaung Soccer Ace FC
26 Ogos 2018

#Safc-Bangi
#Safc-Banting
#Safc-Kajang

#Safc-Kebun Baru
#Safc-Nilai
#Safc-Puchong

#Safc-Serdang
#Safc-SgManggis
#Safc-Shah Alam

#Safc-Sijangkang
#Safc-USJ

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemain yg menyertai Liga Bolasepak Junior Soccer Ace FC 2018 bakal menerima:-

 

1. Sijil khas Liga Junior Soccer Ace .

2. Makanan dan minuman sepanjang perlawanan berlangsung

3. Perlawanan liga Junior yang di adili oleh pengadil berpengalaman.

4. Cenderahati daripada pihak pengurusan Kelab Bolasepak Soccer Ace.

5. Medal jika menang ke peringkat seterusnya.

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pengurus-pengurus cawangan Soccer Ace FC yang berdekatan dengan anda :)

[ TOP PAGE ]

 

 

Pusat Latihan Bola Sepak cawangan Soccer Ace FC
**mengikut urutan huruf lokasi.

[ "PRINT" BORANG PENDAFTARAN AKADEMI ]

[ BORANG "ONLINE" PENDAFTARAN KELAB ]

(1) BANGI
*SK Jalan 3 Bandar Baru Bangi*
#Sabtu 4pm-7pm
@Coach Irwan 01110238104

(2) BANTING
*SK Sri Langat Banting*
#Ahad 4pm-630pm
@Coach Kuzairy 0105117816

(3) KAJANG
*Padang Awam Sungai Kantan, Kajang*
#Sabtu 8am-1030am
@Coach Imran 0176676364

(4) KEBUN BARU
*SK Kebun Baru Banting*
#Sabtu 830am-1030am
@Coach Zahim Ketam 01137684462

(5) NILAI
*SK Taman Semarak Nilai*
#Ahad 8am-11am
@Coach Mohsin 0142616244

(6) PUCHONG
*SK Puchong Jaya 2 Kinrara*
#Ahad 830am-1030am
@Coach Rizal 0136687348

(7) SERDANG
*SK Seri Serdang*
#Ahad 4pm-7pm
@Coach Irwan 01110238104

(8) SG MANGGIS
*SK Sg Manggis Banting*
#Sabtu 430pm - 630pm
@Coach Zahim Ketam 01137684462

(9) SHAH ALAM
*SK Seksyen 27(1) Shah Alam*
#Sabtu 8am-11am
@Puan Rose Mazlina 0122597666

(10) SIJANGKANG
*Padang Awam Sijangkang, Banting*
#Ahad 8am-1030am
@Coach Kuzairy 0105117816

(11) SUBANG JAYA
*SJK (C) Lick Hung Subang Jaya*
#Selasa 330pm-5pm
@Coach YM Lee 0122832612

(12) USJ
*Sekolah Wawasan Dato Onn Jaafar USJ 15*
#Sabtu 4pm-630pm
@Coach Kuzairy 0105117816

**Semua cawangan Soccer Ace FC beroperasi setiap hujung minggu dan semua pemain boleh hadir ke setiap cawangan yang tertera di atas.

Harap Maklum,
Nor Kuzairy Abu Bakar
Pengasas Dan Penaung
Soccer Ace FC

[ TOP PAGE ]

 

 

 

 

 

 

 

[ BERITA KOSMO ]

Soccer Ace FC mengorak langkah ke pentas antarabangsa

10 Ogos 2018 3:00 AM - Kosmo Online / Sukan /

Gambar di atas: MUHAMMAD FAUZI (belakang, kemeja-T biru) menyerahkan tajaan kepada Kuzairy berupa pek sacet 100Plus Active untuk skuad SoccerAce yang akan menyertai Phuket 7s International Tournament di Thailand hujung minggu ini.

PASUKAN - SoccerAce FC (SAFC), akademi bola sepak yang kurang dua tahun ditubuhkan mengorak langkah ke peringkat antarabangsa apabila bakal bertandang ke Phuket, Thailand untuk menyertai Phuket 7s International Tournament hujung ming­gu ini.

Satu-satunya kelab dari Malaysia yang dijemput menyertai Pluk Panya Cup di Mden Academy, Grand Arena, Boat Plaza, Phuket itu bakal bertarung dengan wakil dari Singapura, Indonesia, Brunei dan tuan rumah, Thailand.

Pengasas kelab merangkap Ketua Jurulatih SAFC, Kuzairy Abu Bakar berkata, pihaknya amat terharu dengan jemputan itu dan berharap para pemain dapat menggunakan pengalaman pertama bertanding di luar Malaysia sebaik mungkin selain mencipta kejutan.

Tampil sebagai juara bawah 12 tahun (B-12) Division 2 Liga 1MCC 2018 diharap mampu melonjakkan semangat kepada para pemain untuk menjulang nama Malaysia di pentas antarabangsa.

“Seramai 35 pemain B-10 dan B-12 akan memikul tanggungjawab ini,” katanya selepas menerima sumbangan berupa pek sacet 100Plus Active dari Pengurus Acara dan Tajaan, F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd, Muhammad Fauzi Ahmad di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Kuzairy, kelab yang mempunyai lebih 700 pelatih di 12 pusat latihan di Lembah Klang itu beroperasi sepenuhnya hasil sumbangan ibu bapa.

“Pihak-pihak yang berminat sama ada individu atau sektor swasta untuk menaja kelab yang semakin digeruni ini boleh berhubung dengan saya di talian 012-259 2950 atau Lee 012-283 2612,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Fauzi berkata, sumbangan pek sacet 100Plus Active tersebut memudahkan para pemain dan jurulatih menikmati 100Plus semasa bertanding di Phuket nanti.

“Memang 100Plus boleh didapati di Thailand tetapi kami menyediakan perisa yang sesuai untuk citarasa rakyat Malaysia.

“Ia sangat mudah dibawa dan disediakan. Cuma campurkan serbuk campuran 100Plus Active ke dalam 220 mililiter air minuman. Kami berharap sumbangan ini dapat memberi keselesaan kepada para pemain dan jurulatih.

“Kami juga berharap Soccer Ace dapat menunjukkan mutu permainan yang baik selain menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya.

 

Go to SAFC FB Page

admin [ @ ] socceracefc [ dot ] com

 

Copyright nangjue.com

[ TOP PAGE ]